Lompat ke isi kandungan

Bulan Ramadhan al-Mubarak

Ogos 7, 2010

InsyAllah 1 Ramadhan yang jatuhnya pada 11 Ogos 2010 (Rabu) yang mana kita sebagai umat Islam yang cukup syarat wajib untuk menunaikan rukun Islam yang ke 3 iaitu berpuasa sepanjang bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keihtisaban yang akan mendatangkan kerahmatan dan keredhaan Allah SWT.

Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama islam samada melayu, cina, india dan sebagainya telah merancang pelbagai persiapan dan aktiviti bagi di isi sepanjang bulan Ramadahn al-Mubarak. Sektor awam juga tidak ketinggalan turut sama merancang pelbagai aktiviti seperti tadarus al-Quran, iftar jama’ei, khatam al-Quran dan sebagainya. SK Terusan Baru Sandakan tidak ketinggalan dalam menganjurkan program seumpama ini pada bulan Ramadhan al-Mubarak yang kita nanti-nantikan.

Advertisements

Motivasi Kecemerlangan UPSR 2010

Ogos 7, 2010

Alhamdulillah segala puji dan puja hanya milik Allah, selawat dan salam ke atas junjungan yang terpilih Nabi kita Muhammad SWA. Adapun program ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya hasil kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh ahli jawatankuasa program. Program ini boleh dikatakan telah berjaya mencapai objektifnya dan diharap para calon UPSR SK Terusan Baru Sandakan akan dapat menunjukkan

PrOgRaM mOtIvAsI kEcEmErLaNgAn UPSR 2010

Ogos 1, 2010

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Terusan Baru Sandakan akan mengadakan program motivasi kecemerlangan UPSR 2010 selama 1 hari. Antara perisian program adalah ceramah motivasi kecemerlangan UPSR serta persediaan dan persiapan sebelum semasa dan selepas UPSR yang akan disampaikan oleh Cikgu Sufian Bin Shah Ariffin guru Prasekolah. Selain daripada itu motivasi keagamaan turut diselitkan yang akan diketuai oleh Ustaz Huszarudin Bin Haji Hussin, antara isi-isi penting dalam sesi ini ialah kebergantungan dan pengharapan kita kepada Allah SWT terhadap segala urusan kita di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Sesi seterusnya adalah taklimat teknik menjawab soalan bagi subjek Matematik oleh Cikgu Norzahrina Binti Norman, Subjek Sains oleh Cikgu Adam Bin Abdullah, Subjek Bahasa Inggeris oleh Cikgu Zaidah Binti Mohd Noor dan Subjek Bahasa Malaysia Cikgu Ahmad Khuzairi Bin Said@Nawang. Sesi penutup akan dilakukan oleh Tuan Guru Besar SK Terusan Baru Sandakan Cikgu Husin Bin Abdullah dengan ucapan amanat beliau kepada calon-calon UPSR serta penyampaian sijil dan cenderahati kepada calon dan guru yang bertugas.

Diarapkan dengan program seumpama ini dapat memberikan suntikan dan semangat yang baru kepada calon-calon UPSR untuk terus berusaha bagi mengapai kecemerlangan dalam UPSR serta dapat mengharumkan nama sekolah.

SaMbUtAn HaRi GuRu Sk TeRuSaN bArU sAnDaKaN

Mei 24, 2010

InsyAllah esok pagi jam 7.30pagi akan diadakan sambutan hari guru peringkat SK Terusan Baru Sandakan. Program ini merupakan acara tahunan sekolah dan akan diraikan bersama murid-murid dan ibubapa serta masyarakat setempat yang turut hadir memeriahkan majlis. Pada tahun ini cikgu Adam Bin Abdullah selaku Penolong Kanan I bertindak sebagai pengelola utama majlis yang penuh bermakna ini di hati guru-guru SKTBS. Majlis dimulakan dengan acara gotong royong sekali lagi di kawasan sekolah yang turut dihadiri oleh ibubapa dengan kerjasama PIBG. Selepas bergotong royong barulah majlis hari guru dimulakan di dalam dewan serbaguna sekolah. Tunggu post yang seterusnya ……. insyAllah akan dipaparkan gambar serta rakaman video sepanjang program berlangsung. Salam

Hello world!

Mei 22, 2010

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!