Lompat ke isi kandungan

Maklumat Sekolah

Sekolah Kebangsaan Terusan Baru terletak di sandakan sabah. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah pendalaman dan berada di sebuah pulau yang terpencil di mana tidak kelihatan kedudukan pulau tersebut di dalam peta. Walaubagaimanapun anda boleh mencarinya di dalam blog ini. SKTBS telah didirikan sejak dari tahun 1985 lagi di mana hanya seorang guru sahaja yang mengajar, namun begitu pada tahun 2009 jumlah pengajar yang didaftarkan adalah seramai 11 orang guru yang terlatih lagi berdidikasi serta mempunyai 2 orang kakitangan bukan mengajar yang mengurus hal ehwal kewangan dan prasekolah. Manakala jumlah murid terkini seramai 69 orang termasuk murid prasekolah.

SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun 1986 ,Sekolah Kebangsaan Terusan Baru telah beroperasi dengan seorang Tenaga pengajar iaitu cikgu Christoper dan seramai 8 orang murid dalam sebuah kelas yang menggunakan sebuah bangunan balairaya yang dibina oleh penduduk kampong dan dari situlah bermulanya sejarah Sekolah.  Atas kesedaran yang timbul di kalangan penduduk kampong betapa pentingnya pendidikan bagi mengubah corak kehidupan dan masa depan anak-anak mereka,maka semua ibubapa sebulat suara bercadang untuk memohon sebuah sekolah di kampung ini daripada Pejabat Pendidikan Bahagian Sandakan (yang kini pejabat Pelajaran Gabungan ).Akhirnya hasrat mereka tercapai atas kelulusan Pejabat Pendidikan Sandakan dan membina sekolah atas usaha dan titik peluh orang kampong.

MISI SEKOLAH


  • MENERUSKAN AKTIVITI 3 +2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH DAN PROGRAM DRASTIK PENDIDIKAN BAHAGIAN  GABUNGAN SANDAKAN.
  • MEMANTAPKAN SUASANA DAN PERSEKITARAAN SEKOLAH YANG  MERANGSANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
  • MEMANTAPKAN SYSTEM PENGURUSAN BERKESAN DAN BERBUDAYA KERJA BERMATLAMAT SERTA BERFOKAS.
  • MENGHASILKAN PELAJAR BERAKHLAK MULIA DAN CEMERLANG DALAM BIDANG AKEDEMIK DAN KO KURIKULUM

VISI

KECEMERLANGAN DAN TAHAP KUALITI YANG BERTERUSAN DALAM SEMUA ASPEK PENDIDIKAN KE ARAH MELAHIRKAN GENARASI PELAJAR YANG BERPERIBADI DAN BERAKHLAK MULIA,BERILMU,BERBUDAYA SAING MENAPATI MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.

Nilai

Mengamalkan disiplin diri,ikhlas,setia dan menjadikan agama sebagai panduan hidup.

Slogan

“Sentiasa Cemerlang”

Pengertian Slogan:

•Melahirkan warga negara yang berkualiti berlandaskan FPK
•Sentiasa bersedia berkhidmat cemerlang kepada sekolah, bangsa , agama dan negara

MOTTO

“BERILMU , BERDIKARI, BERBAKTI”

BERILMU :- BERMAKSUD SEKOLAH INI DENGAN SEDAYA UPAYA MENGHASILKAN MURID-MURID YANG MEMPUNYAI ILMU PENGETAHUAN CUKUP UNTUK BEKALAN MEREKA KE  PENDIDIKAN YANG LEBIH TINGGI SEHINGGA KE PERINGKAT UNIVERSITI.

BERDIKARI:- BERMAKSUD MURID-MURID YANG DIHASILKAN OLEH SEKOLAH INI BOLEH BERDIKARI SENDIRI DENGAN ILMU YANG ADA TANPA MEMINTA BANTUAN DEAN PERTOLONGAN ORANG LAIN.

BERBAKTI :- BERMAKSUD MURID-MURID INI APABILA DEWASA  AKAN DAPAT BERBAKTI KEPADA IBU BAPA,MASYARAKAT ,AGAMA DAN NEGARA YANG TERCINTA.

Logo sekolah

BULATAN LUAR WARNA PUTIH :-

MELAMBANGKAN SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU YANG BERSIH DARIPADA SEBARANG BENTUK GEJALA DAN AKTIVITI YANG TIDAK SIHAT.

BENTUK WARNA KUNING:-

BENTUK YANG TERTULIS COGAN KATA SEKOLAH YANG DISALUTI WARNA KUNING SEBAGAI BENTENG UTAMA SEKOLAH INI DARIPADA DITEMBUSI OLEH SEBARANG GEJALAH YANG TIDAK SIHAT.WARNA KUNING LAMBANG YANG DIPERTUAN AGONG NEGARA MALAYSIA.

5 DAUN KIPAS WARNA HIJAU :-

MELAMBANGKAN MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU DATANG DARI LIMA BUAH KAMPUNG YANG BERHAMPIRAN IAITU KG.TERUSAN BARU,KG.ASAM MANIS,KG.SEMAGUN, KG.TANDAWAN DAN KG.HUJUNG BUKIT.

TOPI 4 SEGI DAN IJAZAH:-
MERUPAKAN MATLAMAT UTAMA SEKOLAH UNTUK MELAHIRKAN MURID-MURID YANG CEMERLANG SEHINGGA KE PERINGKAT UNIVERSITI.
BULAN DAN BINTANG :-
MELAMBANGKAN UGAMA ISLAM AGAMA RASMI NEGARA MALAYSIA DAN SEKOLAH INI.
BULATAN BERWARNA BIRU:-
MELAMBANGKAN KAWASAN SEKOLAH YANG DIKELILINGI LAUT.WARNA INI JUGA MELAMBANGKAN LATARBELAKANG KEHIDUPAN IBU BAPA MURID BERGANTUNG DENGAN HASIL DARI LAUT.

Bendera Sekolah

Bendera sekolah terdiri daripada warna  putih      dengan logo sekolah di tengah-tengah: – Warna putih melambangkan sekolah harmoni.

Lagu sekolah: Sk Terusan Baru

SK Terusan Baru

Sekolah yang amat ku cinta

Berbilang kaum bahasa keturunan

Bernaung di bawah mu.

Berdisiplin berbakti semua

Semaikan amalan mulia

Kami pelajar semuanya berikrar

Menurut rukun negara

Berilmu, berbakti dan berdikari

Itulah amalan hidup kami

Akan ku curahkan bakti setia pada mu

Kekal ku kenang setiap waktu

Wahai guruku besarnya jasamu

Menjadi panduan dan pedomanku

Takkan ku lupakan setiap usahamu

Semoga Allah akan berkatimu.

PIAGAM SEK.KEB.TERUSAN BARU

Bahawa kami warga SKTBS berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut:-

1.MELAYAN SETIAP URUSAN DENGAN CEKAP,CEPAT DAN    RAMAH TAMAH
2.MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN PENUH DEDIKASI DAN BERKETERAMPILAN
3.PERIHATIN TERHADAP KUMPULAN MURID DARI SEGI INTELEK,EMOSI,ROHANI DAN JASMANI
4.  MEMBERI LAYANAN SECARA ADIL DAN SKSAMA TANPA MENGIRA AGAMA ,KAUM DAN BUDAYA.

Murid

–Mendapat ilmu pengetahuan yang berkualiti dalam semua bidang: Kurikulum dan ko-kurikulum,
–Menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan
–Mendapat kasih sayang ,kebajikan dan layanan yang adil
–Belajar dalam jaminan keadaan yang selamat
–Mendapat hak dan peluang pembelajaran yang saksama

Staf

•Setiap staf sekolah menerima latihan dalam mempertingkatkan ilmu sekurang-kurangnya dua kali setahun
•Dilayan dengan adil dan saksama.

Waris

•Memberi layanan dari khidmat kaunter yang cepat dan mesra.
•Setiap aduan akan disiasat dan dimaklumbalas dalam tempoh 2 hari
•Setiap cadangan akan diberi maklum balas yang dalam tempoh 5 hari.

Kementerian Pelajaran

•Memastikan setiap arahan dan surat pihak PPD, JPN dan Kementerian diambil tindakan selewat-lewatnya 3 hari selepas surat atau arahan diterima
Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: